Temuduga - Tatacara dan Etika Berpakaian
Tatacara dan Etika Berpakaian Temuduga | Ketika menghadiri sesuatu temuduga, penampilan adalah aspek penting yang perlu dititik beratkan oleh calon. Ini kerana pandangan pertama penemuduga terhadap calon terutama menerusi cara berpakaian memberi satu persepsi buat penemuduga terhadap calon yang akan ditemuduga. Untuk menghadapi temuduga, calon perlu berpakaian kemas dari hujung rambut hinggalah ke hujung kaki kerana semua itu dinilai oleh pihak penemuduga. Ini kerana cara berpakaian akan mencermin anda yang sebenarnya.

Bagi calon pekerja lelaki, adalah digalakkan untuk memakai baju kemeja lengan panjang berwarna cerah dan seluar slack berwarna gelap dan bertali leher. Bagaimanapun, cara berpakaian boleh disesuaikan mengikut etika berpakaian di tempat kerja berkenaan. Bagi calon lelaki, mereka harus ingat bahawa pemakaian seluar jeans dan baji t-shirt berleher bulat adalah tidak dibenarkan sama sekali. Pemilihan kasut juga penting dimana mereka mestilah memakai kasut bertumit dan berstokin warna gelap dan memakai tali pinggang yang mempunyai warna yang sama dengan kasut.
Selain pemilihan pakaian yang bersesuaian, rambut juga perlu diberi perhatian di mana rambut mestilah pendek dan kemas, dan sekiranya berjanggut, potongan rapi perlu dilakukan. Lelaki hanya boleh menggayakan aksesori seperti jam, tali leher dan ‘cuff-link’ manakala pemakaian cincin tidak digalakkan. Harus diingat bahawa anting-anting bertindik dan bertatoo adalah tidak dibenarkan sama sekali.
Bagi calon wanita, mereka perlu memakai pakaian yang sepadan dan pastikan pemilihan warna yang sesuai dan tidak memakai pakaian yang berwarna terang. Pakaian yang dipilih mestilah tidak menjolok mata, selain itu tidak boleh berpakaian seperti lelaki dan pastikan anda memakai kasut bertumit.
Calon wanita yang tidak bertudung perlu memastikan rambut mereka kemas dan disisir rapi atau diikat. Sekiranya anda mewarna rambut, pastikan warna rambut tidak menyakitkan mata. Elak mewarna rambut dengan menggunakan pewarna berwarna merah, biru, ungu dan berwarna warni.
Wanita dan aksesori sememangnya tidak boleh dipisahkan, bagaimana untuk memakai aksesori mereka diingatkan supaya tidak memakai secara berlebihan terutamanya barang kemas.
Akhir sekali, pastikan anda mengguna solekan yang sesuai dan tidak berlebihan begitu juga dengan semburan pewangi. Jika anda mematuhi etika berpakaian seperti ini, pasti anda akan berasa tenang dan penemuduga juga akan berasa senang dengan anda. JADI PASTIKAN PENAMPILAN BERSESUAIAN DAN JANGAN BERLEBIHAN.
Post a Comment
Post a Comment