Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4

Tips Sebelum Menghadiri Temuduga

Post a Comment
Tips Sebelum Menghadiri TemudugaTemuduga merupakan sesuatu yang agak mendebarkan bagi yang kali pertama diuji, untuk menjadikan temuduga lebih lancar, persediaan awal perlu untuk mengelak sebarang masalah semasa ingin menghadiri temuduga. Di bawah disediakan sedikit tips persediaan awal menghadiri temuduga.


Tips Sebelum Menghadiri Temuduga

• Pastikan anda mengetahui masa temuduga dan tiba awal 15-20minit sebelum temuduga bermula. Hal ini penting bagi member peluang kepada calon untuk memastikan diri telah sampai ditempat yang betul dan mempunyai penampilan diri yang baik.

• Sediakan dan bawa bersama salinan resume, dokumen diri dan sijil-sijil persekolahan sebaiknya disusun kemas.

• Penting untuk mengetahui maklumat mengenai syarikat di mana terdapatnya kekosongan jawatan ataupun mengenai institusi yang dimohon. Kajian perlu dibuat berkenaan maklumat tentang syarikat/institusi, perkhidmatan/ subjek pendidikan, produk, pelanggan/output dan sebagainya. Maklumat boleh didapatkan dengan menghubungi syarikat, bahan rujukan , laporan tahunan, laman web universiti/syarikat bekenaan.

Ramalkan soalan biasa ditanya oleh panel penemuduga dan sediakan jawapan serta berlatih menjawab soalan bekenaan. Cuba juga dapatkan bantuan rakan atau ahli keluarga untuk mendapatkan suasana hampir sama ditemuduga.


Semoga bermanfaat

Related Posts

Post a Comment