Persediaan Hari Temuduga & Contoh Soalan Lazim | Anda digalakkan membuat persedian yang baik untuk menghadapi temuduga yang akan dihadiri oleh anda, bagi mencapai peluang mendapatkan pekerjaan yang tersebut. Jika tidak dapat sekalipun, persediaan yang anda buat itu, mampu membuatkan anda berpuashati dan lebih berazam untuk lakukan yang terbaik dengan membaiki kelemahan-kelemahan yang anda kesan ketika proses temuduga terdahulu.
1. Datang 10 minit awal
2. Berpakaian kemas.
2. Baju kemeja - tide in
3. Berseluar panjang
4. Berkasut tutup dan berwarna gelap
5. Bawa semua sijil
6. Bawa 2 salinan semua sijil
7. Bawa 4 keping gambar ukuran pasport ( kelihatan kemas )
8. Susun sijil anda mengikut susunan sijil yang diperlukan dimuka hadapan dan seterusnya
CONTOH SOALAN LAZIM
1. Ceritakan tentang diri anda
2. Mengapa anda berminat untuk bekerja dengan syarikat ini?
3. Mengapa anda mencari kerja baru?
4. Jawatan apa yang anda cari?
5. Apakah kelebihan dan kekurangan kamu?
6. Apa yang anda tahu tentang syarikat ini?
7. Apakah kejayaan terbaik anda ?
8. Di manakah anda dalam lima (5) tahun dari sekarang?
9. Apakah tugas yang anda lakukan dalam pekerjaan anda dahulu?
10. Apabila anda mendapat kerja baru, bagaimana anda memulakan hubungan baru dengan rakan sejawatan dan penyelia anda?
Ini hanyalah rumusan soalan popular yang ditanya oleh penemuduga. Anda semua dinasihatkan agar mencari atau berfikir logik apakah soalan yang akan ditanya berdasarkan kepada jawatan yang anda pohon.
Semoga berjaya mengharungi hari temuduga dengan penuh hikmah dan cemerlang. Diharapkan juga anda semua mendapat jawatan yang anda idamkan selama ini. Amiin.. Doa daripada kami..
Selamat maju jaya semua
Post a Comment
Post a Comment