Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4

Contoh Surat Permohonan dan Resume Terkini

36 comments
Resume - Contoh Surat Permohonan dan Resume Terkini 

TIPS MENULIS SURAT PERMOHONAN

Terdapat beberapa perkara yang anda perlu ambil kira apabila menulis surat resume iaitu:
  • Jangan sesekali menghantar resume tanpa surat permohonan
  • Jangan bincang gaji yang dinyatakan dalam iklan surat permohonan
  • Jangan ulangi maklumat yang sedia ada dalam resume melaikan secara ringkas.
  • Jangan berikan gambaran umum tentang kualiti diri kamu dan pekerjaan yang lepas.
  • Jangan menyatakan tugas menggunakan kepupayaan kamu, sebaliknya apa yang kamu boleh lakukan dengan tugas itu (jadi seorang yang proaktif bukanya pasif)
  • Jangan memberikan maklumat palsu.
  • Jangan hantar surat atau resume salinan.



Resume - Contoh Surat Permohonan dan Resume Terkini


1. CONTOH SURAT PERMOHONAN

Nama Anda
Alamat surat menyurat
......................................................................................................
Pengurus Besar
Jabatan Sumber Manusia
Kumpulan Kembara Sdn Bhd
Lot 9, Jalan Gembira 8, Seksyen 9,
40000 Shah Alam 
Selangor Darul Ehsan                                                                       18 Mac 20..

Tuan/Puan

PERMOHONAN BAGI JAWATAN KOSONG
Saya seperti nama diatas ingin memohon jawatan yang berkaitan dengan komunikasi Massa yang ada di syarikat tuan.

Saya yakin dengan kelayakan saya ini dapat memenuhi syarat-syarat dan kehendak jawatan yang ada. Sememangnya menjadi hasrat saya untuk bekerja dengan syarikat seperti syarikat tuan yang mempunyai reputasi cemerlang dalam bidang komunikasi di Malaysia.

Disini saya sertakan bersama resume. saya amat berbesar hati untuk menerima panggilan temuduga pada bila-bila masa sahaja. Sila hubungi saya di talian .......................... atau.......................... untuk tindakan lanjut.

Diharapkan pihak tuan dapat mempertimbangkan permohonan saya. Segala kerjasama daripada tuan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian Terima Kasih

Yang Benar,


............................................
Nama Anda
Email: namaanda@yahoo.com

_________________________________________________________________

2. CONTOH SURAT PERMOHONAN BAGI GRADUAN

Nama Anda
Alamat surat menyurat
No hp
email:
tarikh:

Tuan/Puan,

Saya ada terbaca iklan jawatan kosong mengenai jawatan kosong mengenai jawatan penganalisis kewangan dipusat kerjaya dan kaunseling di UITM. Pengalaman semasa belajar dan latihan amali melayakan saya untuk memohon jawatan ini.

Menurut iklan tersebut, pihak tuan sedang mencari individu yang boleh menjadi ketua yang mampu menyediakan analisa kuantitatif dan bekerja dalam pasukan.

Semasa cuti semester, saya menjalani latihan amali di syarikat................................ Sudah menjadi tanggungjawab saya disitu untuk mengenalpasti kesalahan didalam pengiraan dan penjadualan. Dengan menggunakan kemahiran yang didapati melalui kursus yang mana berkaitan dengan ijazah pengurusan perniagaan, saya mampu membantu dalam menyelesaikan beberapa permasalahan yang dihadapi oleh kumpulan saya. Kemahiran semasa menyertai Persatuan Pelajar di Universiti sedikit sebanyak membantu saya bekerja dalam pasukan disamping membantu antara satu sama lain jika diperlukan.

Jika diberi peluang, saya yakin bahawa saya dapat membantu syarikat tuan sebagai penganalisa kewangan dan seterusnya dapat berkongsi bersama ilmu yang saya dapat semasa didalam kelas mahupun sewaktu dilatihan amali. Saya juga berkeyakinan tinggi bahawa kemahiran yang ada pada saya amat bersesuaian dengan jawatan ini.

Terima kasih di atas pertimbangan pihak tuan dan jasa baik tuan amatlah dihargai.

Sekian, Terima kasih

Yang Benar

..................................
Nama anda.


_________________________________________________________________


3. CONTOH RESUME


NAMA ANDA
ALAMAT SURAT MENYURAT
TEL RUMAH DAN HP:
NO KP:

FOKUS KERJAYA
Kerjaya dalam bidang Kewartanan Penyiaran

KEKUATAN
Mempunyai inisiatif, ingin tahu, kreatif dan analitikal.
Bersemangat, menawan dan menyakinkan.
Mahir berkomunikasi
Fasih Berbahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
Profesional

PENDIDIKAN
UITM
BA (...............) DISEMBER 20...
CGPA:

KERJA KURSUS
Kewartanan/Sains Politik/Penulisan Kreatif

PENGALAMAN 
Nyatakan pengalaman ada bekerja sebelum menghadiri temuduga

RUJUKAN
(Kepilkan segala sijil anda dan yang berkenaan)

_________________________________________________________________

4. CONTOH RESUME 2


Nama anda
Alamat
Tel Rumah & Hp
No Kp

OBJEKTIF
Mencari jawatan sepenuh masa dengan firma kejuruteraan yang bertaraf sederhana kepada yang besar untuk membantu dalam penyelarasan projek dan akhirnya untuk mengurus projek pembangunan dengan memfokuskan kepada kejuruteraan alam sekitar.

PENDIDIKAN
Memperoleh ......................................................................................

KERJA KURSUS YANG BERKAITAN
Mekanik Tanah.....................................................................................

KEJAYAAN
Ahli Pertubuhan Pelajar asing
Pelajar Terbaik Anugerah............................

KEKUATAN 
Kreatif, bekerjasama, kuat bekerja, mahir berkomunikasi dsb............

LOKASI
Malaysia/Sanggup untuk bertugas diluar negara tugasan sementara.

TARIKH BERMULA
Dengan Serta Merta

GAJI
RM...........................(Boleh di runding)

RUJUKAN
Kepilkan yang berkenaan


P/s : Walau apa pun yang anda isikan nanti, pastikan ia padat dan ringkas.

Related Posts

36 comments

  1. Kalau yg bru lepasan spm nak mtk kerja pakai surat yg mana satu erkkk???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang 1st tu okay :).
      Edit² kasi cantek yer..

      Delete
  2. kalau nk mohon jawatan di agensi kerajaan nk gna yg mna satu ea?

    ReplyDelete
  3. Mana² boleh dan semua terbaik :)

    ReplyDelete
  4. Terima Kasih,mohon di jadikan rujukan

    ReplyDelete
  5. Kalau apply kerja jadi pramugari nak guna surat mane ekk ?

    ReplyDelete
  6. kalau nak apply resume untuk mohon jadi tentera pulak macam mane??

    ReplyDelete
  7. wah banyak surat dalam bidang masscomm
    senang saya nak rujuk
    admin bekas pelajar masscommke?
    hehe
    anyway, TQ for sharing

    ReplyDelete
  8. kalau lepasan f6 dan tgh tunggu result pun guna yg numbr1 gk ka???

    ReplyDelete
  9. Replies
    1. Yup, takde ketetapan. Tapi baik guna arial - saiz 11

      Delete
  10. Surat permohonan dan resume yg diberikan tu sesuai untok mohon jawatan tertentu yang dh yang dah diketahui adanya kekosongan jawatan dan bidang tugasnya. Mcm mna pula bagi sesiapa yang ingin mencuba nasib dengan menghantar resume sahaja ke sesebuah syarikat tanpa diketahui adanya kekosongan jawatan. Ini kerana ada sesetengah dari kawan saya hanya menghantar resume sahaja ke sebuah syarikat tersebut, kebetulan terdapat kekosongan jawatan, selepas ditemuduga akhirnya dia berjaya diterima bekerja dari syarikat tersebut. Minta admin tolong perjelaskan serba sedikit, kerana saya tengah mencari kerja tetapi tidak tahu cara2 dan prosedur yang sebenar benar bagi memohonnya, kerana banyak sngt sumber2 yg agak bercanggah yg saya jumpa. Mohon sngat2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oren Kaler : Sebenarnya boleh sahaja kita hantar kepada company secara random, tetapi ayat dalam surat iringan tersebut hendaklah bersesuaian dengan company kita nak mohon tu. So nak hantar kepada banyak company xpe, tapi pastikan ayat jangan sama. Biar sama dengan nature of business mana² company tuan minta kerja tu

      Delete
  11. nak tanye surat iringan ni nak perlu ke buat sebab nak ade jumpe iklan kat fb dye suruh email resume je. .sbb sy buat resume je niy lebih kurang mcm biodata diri. .surat mohon tu xtaw nak buat ke x. .hmm risau je ni sbb 1st nak mohon kerje ni. .mohon pertolongnan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Surat iringan bersama resume adalah wajib, memang kalau company dia akan cakap send resume sahaja, tetapi untuk kita lebih profesional kena ada surat iringan mengatakan kita terjumpa iklan syarikat tuan mencari calon utk jawatan bla..bla..bla.. la.. goreng n contoh atas. Semoga berjaya insyaALLAH

      Delete
  12. Kalau dia ada mintak nyatakan gaji minimum yg nak di pohon, boleh sebut kan dalam surat?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau majikan ada bagitahu suruh nyatakan gaji yang diminta, kena tulis terus berapa mengikut jawatan dan pgalaman. Jangan tulis panjang2 konon nak bincang cakap sbb saya ada pgalaman yang banyak so saya nak sebanyak bla bla bla.., itu tidak bagus. :)

      Delete
  13. Akhirnya sy jumpa juga contoh resume yg paling terbaik.. Terima kasih Admin..

    ReplyDelete
  14. maaf bertanya. apa yang dimaksudkan dengan surat atau resume salinan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. resume yang diphotocopy. Hedaklah hantar yang diprint, kalau photocopy tak elok.

      Delete
  15. Good qoute! Thank you for sharing. Tp kenapa tak boleh copy eh aduhhh hahhaa

    ReplyDelete
  16. Salam,tq admin atas perkongsian. Adakah menjadi masalah kalau resume in BI dan cover letter tu in BM?

    ReplyDelete
  17. Salam admin. Saya baru pertama kali nak buat resume untuk Pos Malaysia Berhad dan ingin memohon jawatan sebagai pemandu lori E/GDL. Ayat apa yang sesuai untuk isi dekat bahagian Fokus Kerjaya? Mohon bantuan admin. Tq

    ReplyDelete
  18. mohon mintak izin ambil cth-cth di atas sebagai rujukan. terima kasih

    ReplyDelete
  19. ape maksud alamat surat menyurat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamat yg akan digunakan oleh pihak majikan utk urusan pos atau kurier. Dlm hal ini, majikan ini akan gunakan alamat tersebut untuk menghantar surat tawaran kerja.

      Delete
  20. Ini contoh Surat permohonan yang baik. Boleh dijadikan asas dan ubahsuai sedikit ikut keperluan.

    ReplyDelete

Post a Comment