Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4

Cara Dan Panduan Menyusun Sijil Ketika Temuduga

7 comments
Cara Dan Panduan Menyusun Sijil Ketika Temuduga yang baik dan cemerlang

Cara Dan Panduan Menyusun Sijil Ketika Temuduga | Dikala semua persediaan untuk temuduga telah disiapkan dengan rapi, tahukah anda persediaan menyusun segala sijil dan dokumen anda di dalam folder adalah juga penting. Kali ini admin akan kongsikan kepada anda semua cara menyusun sijil dengan betul bagi memudahkan penemuduga melihat keseluruhan sijil dan dokumen ketika proses temuduga dijalankan.

PERSEDIAAN DOKUMEN

1. Dokumen ASAL

Dokumen asal yang perlu dibawa ke pusat temuduga ialah:

� Kad Pengenalan 

� Sijil Kelahiran

� Sijil Kewarganegaraan (jika berkaitan)

� Sijil Berhenti Sekolah

� Sijil SPM asal

� Sijil STPM asal (jika ada)

� Diploma asal (jika ada)

� Transkrip diploma asal (jika ada)

� Ijazah sarjana muda asal.

� Transkrip sarjana muda asal.

� Ijazah sarjana asal (jika ada)

� Transkrip sarjana asal (jika ada)

� Surat Pengiktirafan Kelayakan JPA (bagi ijazah Luar Negar

� Sijil/Surat Keterangan Koko (mulai Tingkatan 4 hingga ke Universiti

� Dokumen-dokumen lain yang berkaitan.

(Sijil akademik dan koko semasa sekolah rendah, tingkatan 1 hingga PMR tak perlu bawa. Penemuduga hanya akan menilai sijil selepas tingkatan 3 sahaja)

Sebaik-baiknya semua dokumen di atas dimasukkan ke dalam "CLEAR FOLDER" dan disusun mengikut senarai di atas. Pastikan semuanya sudah tersusun bila sampai ke pusat temuduga. Jangan bila dah sampai ke pusat temuduga baru tercari-cari dan cuba menyusun. 

Kebanyakan penemuduga agak sensitif tentang susunan ini. Kalau calon menyusun mengikut keterangan di atas, sudah pasti calon dapat menambat hati penemuduga memandangkan dokumen ini perlu diserahkan kepada penemuduga SEBELUM sesi temuduga bermula. Mesti ingat selalu bahawa "First Impression Counts".

Dan jangan lupa, dokumen-dokumen lain yang tak berkaitan eloklah disimpan ke dalam beg anda. Folder ini biar nampak yang spesifik untuk temuduga ini. Tapi ... seperti biasalah ada calon yang guna folder. Dalam folder macam tong sampah .. Bila penemuduga cuba meneliti dokumen asal, sibuklah calon nak tunjuk yang itu.. yang ini. Calon seperti ini biasanya bolehlah memohon semula tahun depan. Penemuduga sebenarnya menilai kualiti seseorang calon dari folder dokumen asalnya. Folder itu merupakan "portfolio" calon. 

Kalau nak jadi guru, jika nak simpan dokumen 20 helai pun sudah kelam kabut, macam mana nak simpan beratus ... beribu dokumen pelajar. Ingat.. ini satu penilaian diri yang penting.

Satu perkara lagi tentang dokumen asal ini ialah dokumen berkenaan MESTI dibawa ke pusat temuduga. Penemuduga biasanya tak mahu mendengar alasan sijil tertinggal di KL, baru sampai semalam ... sijil dihanyutkan banjir tahun 1991 dulu... sijil SPM (1993) masih di sekolah lama . . dsb.

Jika pada hari ini, ada dokumen asal anda yang hilang atau rosak dapatkan yang baru. Sijil Lahir boleh dapat baru dari Pejabat Pendaftaran. Jangan bawa sijil lahir yang dah berlipat-lipat dan sukar dibaca. Jika dokumen asal hilang pastikan ada laporan ke pihak-pihak berkenaan serta bukti surat asal. Kad pengenalan yang hilang boleh dibuat baru. Kalau gambar pada kad pengenalan semasa anda darjah enam dulu, pastikan pergi pejabat pendaftaran dan buat baru. Haa... barulah nampak calon pendidikan guru yang berpotensi dan berwatakkan guru.

2. Salinan Fotostat

Bagaimana pula dengan salinan fotostat ? . . . Semua salinan fotostat hendaklah difotostat dengan jelas. Jangan terima dari kedai fotostat jika dokumen salinan itu tidak jelas. Selepas difotostat, dapatkan pengesahan. Setiap keping salinan fotostat hendaklah DISAHKAN oleh pihak-pihak yang dibenarkan seperti penghulu, ketua kampung, ketua balai, guru besar, pengetua sekolah atau pegawai kerajaan Bahagian 1 seperti pensyarah maktab dan guru-guru berijazah. Jangan datang ke pusat temuduga dengan semua salinan fotostat belum disahkan. Salinan fotostat yang tiada pengesahan TIADA NILAINYA.

Semua dokumen dah difotostat, dah disahkan, kemudian MESTI disusun mengikut susunan sijil-sijil asal seperti disenaraikan di atas. Wahhh ada pula calon yang sehingga buat binding semua salinan fotostat. Tak perlu dibinding! Anda akan membazirkan wang sahaja jika buat binding sebab kebanyakan calon yang buat binding salinan sijil mereka susunannya tidak sama seperti diarahkan.

Biasanya, sampai sahaja ke pusat temuduga, penemuduga akan suruh tanggalkan dan susun semula. Jadi susun ikut sepertimana disenaraikan di atas. Kemudian "staple" di bahagian atas sebelah kiri. Satu staple sahaja dah mencukupi. Jika salinan dokumen banyak, guna staple besar dan mungkin kena staple dua kali dari depan dan belakang. Jangan guna "paper clip" sebab dokumen mudah tertanggal dan bertaburan di lantai.


3. Borang Maklumat Diri Calon

Apabila seseorang calon dipanggil untuk ditemuduga, ada dikepilkan satu borang yang dipanggil Borang Maklumat Diri Pemohon untuk Mengikuti Kursus Perguruan Lepas Ijazah. Maklumat yang perlu diisi dalam borang ini ialah seperti :

1. Maklumat kursus yang anda pohon - seperti nama kursus, kod dan tahun ambilan.

2. Butir diri calon - seperti gambar terkini, nama, nombor K.P., jantina, tarikh lahir dll

3. Butiran keluarga - seperti maklumat bapa / suami / isteri

4. Butiran akademik - iaitu keputusan SPM, STPM / Matrikulasi, maklumat ijazah, CGPA dan bidang.

5. Pengakuan yang calon, tarikh dan tandatangan

Borang ini hanya 1 muka surat. Saya ulang, 1 muka surat, tetapi apa dah jadi kepada ramai calon-calon yang datang temuduga. Maklumat yang sebanyak ini pun tak sanggup dilengkapkan dengan sempurna. Di bawah ini saya senaraikan penemuan saya selama menemuduga KPLI selama 8 tahun sejak dilaksanakan:

1. Tulisan yang sukar dibaca, comot dan penuh dengan "liquid paper"

2. Tidak melengkapkan semua butiran yang diminta. Bila ditanya, ohhh... baru nak cakap terlupa konon dan sebagainya... . Kalau penemuduga pun buat ohhh.. terlupa nak bagi markah macam mana ?

3. Gambar.. hahh ni lagi best. Ruang gambar tu kecil. Bukan saiz passport tetapi saiz gambar lesen memandu. Kalau gambar anda besar, potong bahagian muka sahaja dan tampalkan. Kedua, gambar mesti terkini. Ya, terkini. Tetapi ada calon yang tanggalkan gambar dari kad pusat sumber masa tingkatan 5 dan tampalkan. Bayangkan ada cop pusat sumber sekolah pulak tu. Ketiga.. kalau calon lelaki, gambar tu biarlah mencerminkan seorang calon yang berwajah guru. Bergambarlah dengan pakai tali leher, dan lebih baik kalau pakai blazer. Kat kedai gambar tu, ada banyak blazer untuk bergaya. Namun, ramai yang tampal gambar mereka yang pakai tee shirt hard rock cafe lah, yang ada gambar kumpulan rocklah. Kalau gambar macam tu mintalah jadi pelayan disko. jangan minta jadi cikgu. heee :P

4. Tandatangan ... Ada calon tu dah serah borang kepada penemuduga baru sedar belum ditandatangan.

4. Kesimpulan ... Cuba anda renung sejenak. Katakanlah minggu depan anda akan menghadiri temuduga. Bagaimana agaknya persediaan dokumen-dokumen anda ? Saya berharap, calon-calon yang sudah mengikuti kursus bimbingan ini akan mengalahkan semua calon lain dari segi "kualiti diri calon" berasaskan kepada persediaan dokumen dan borang-borang.

- Sijil kepujian dekan diletakkan selepas transkrip

- Boleh letakkan resume (susunan yg terakhir sekali)

- Sijil koko merupakan sijil-sijil sokongan dan bukan sebagai sijil utama akademik. Jadi semasa menyusun, nak diletak dari tktn 4 hingga universiti pun boleh, nak diletak dari universiti hingga ke bawah pun boleh. Biasanya semasa menyemak aktiviti koko, penemuduga akan menyemak sijil berhenti sekolah terlebih dahulu sebab di dalam sijil berhenti sekolah tercatat banyak maklumat - sukan, persatuan dan unit beruniform. Tak ramai calon KPLI yang ada aktiviti semasa di U. Jika anda mempunyai banyak aktiviti di U, lebih baik sijil-sijil sokongan ini diletak terlebih dahulu. Sebab aktiviti semasa di U skornya lebih tinggi. Dan ini sekali gus menonjolkan diri kita aktif dalam koko dan inilah antara watak guru yang dicari. - Kredit kepada pengarang

----------

Pengalaman admin semasa menghadiri temuduga, admin pergi ke tempat temuduga tersebut sangat-sangat awal, sampaikan orang di pejabat tu pun belum datang, lampu kat dalam tu pun belum di on, hehee.. Tapi kelebihannya, kita takkan rasa gugup jika datang awal, rasa lebih bersedia. Selepas itu, datang urusetia SPA yang menguruskan calon-calon temuduga, telah menyusun sendiri dokumen dan sijil saya oleh kerana saya datang awal dan dia pun datang selepas saya sampai. So kelebihan juga di situ. 

Admin orang pertama yang ditemuduga, dan alhamdulillah semua berjalan lancar. Biasalah mood diorang kan masih fresh gitu, 2 3 soalan tak boleh di jawab, tapi dijawab dengan sopan ucapkan kata maaf, saya tidak mengetahuinya, jangan korang nak goreng-goreng lah kalau tak tahu. Syukur, dengan temuduga tersebut, admin berjaya :). 

Ingat!!!! Admin tiada kabel tapi masih dapat pekerjaan ini jika Allah Maha Kuasa mengizinkannya. Usaha, Tawakal dan Doa adalah sangat penting. Tepislah anggapan bahawa tiada kabel susah dapat kerja, korang tak rasa ALLAH itu penolong kamu? mintalah padaNya.. jangan sombong!

KHAILIZA (admin)
Pegawai Tenaga Kerja

Related Posts

7 comments

  1. Admin boleh share apa soalan temuduga tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ingat-ingat lupa, tapi ada ingt a few thing

      basic soalan kenalkan diri apa semua la..
      - warna portal kementerian sumber manusia (sbb jawatan bwh MOHR)
      - apa tema maal hijrah tahun tersebut
      - apa yang fhm tentang tugas dan kat jabatan mana akan btugas bila kalau dapat jawatan ni
      - kenapa minat nak kja jawatan tu
      - sggup dihantar ke sbh or swk (dapat kat borneo jugak..haha)

      tu je yg admin ingat..hehee..

      Delete
  2. Macamana pula dengan sijil yang dicetak secara melintang? Nak letak menghadap luar fail atau ke dalam fail? Mana yang lebih disenangi para penemuduga? T. Kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk sijil yang besar dibolehkan cetak secara melintang dan ini penemuduga pun faham kenapa. Mengadap diluar fail.. So takde masalah.

      Delete
  3. Admin kalau semua sijil koko hilang kena curi bagaimana ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Try call sekolah, tanya boleh dapatkan balik x,kalau xleh nanti bgtau jer semua sijil hilang dan sebab knp blh hilang..

      Delete

Post a Comment