Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4

Contoh Permohonan Kerja Melalui Email Yang Power

1 comment
Contoh Permohonan Kerja Melalui Email Yang Power | Seorang “oil and gas junkie” serta bakal graduan MBA dari Brunel Business School, Ameirul Azraie telah berkongsi pengalamannya mencari kerja di dalam industri minyak dan gas yang kita semua sedia maklum, amat sukar untuk ditembusi. Namun begitu, beliau telah berjaya menembusi industri tersebut pada 6 tahun yang lepas kurang dari sebulan selepas tamat belajar dan seterusnya menimba ilmu serta pengalaman bersama Technip Geoproduction (M) Sdn. Bhd dan kemudian di SapuraKencana Petroleum Berhad. Ikuti pengalaman beliau untuk memahami dengan lebih jelas adab dan teknik permohonan kerja melalui e-mel. Semoga kisah ini dapat membantu mereka di luar sana dalam membina laluan kerjaya yang cemerlang.


——————————————————–

ADAB PERMOHONAN KERJA – MELALUI E-MEL

TOLONG BACA DAN KONGSIKAN.

Ini merupakan permohonan kerja melalui e-mel yang membolehkan saya menembusi industri minyak & gas yang mana umum mengetahui sangat sukar untuk ditembusi.




Ini merupakan salah satu daripada beratus jika bukan beribu permohonan yang diterima oleh Technip Geoproduction (M) Sdn. Bhd. dan permohonan saya telah disenarai pendek kepada lebih kurang 80 calon untuk ditemuduga. Dan dari 80 calon yang ditemuduga, dengan izin ALLAH saya di antara 17 orang yang diterima memulakan ‘on-the-job’ training. Permohonan saya ini telah disenarai pendek oleh pakar HR – Bahagian Pengambilan (Recruitment), Cik Puan Halizah Bahroddin. Mungkin beliau boleh kongsikan apakah kelebihan permohonan saya sehingga membuatkan beliau menyenarai pendek permohonan saya.

Dengan merujuk kedua-dua gambar ini, ada beberapa perkara yang anda semua perlu belajar dan perlu buat untuk permohonan kerja anda pada masa akang datang:

1. Alamat E-mel Professional

2. ‘Subject Header’

3. Isi Kandungan E-mel (E-mail Cover Letter)

=> Pengenalan diri secara ringkas,
=> Pengalaman praktikal/kerja,
=> Kelebihan diri anda yang buatkan majikan perlu mengambil anda bekerja,
=> Butiran untuk dihubungi, dan
=> ‘E-mail signature’

4. Lampiran (yang BERSAIZ KECIL!!!)

=> ‘Cover Letter’
=> ‘Resume’ (pada masa ini saya masih tidak tahu beza CV & Resume)
=> ‘Recommendation Letters’ (ini insiatif saya sendiri untuk mendapatkan surat sokongan bertulis dari majikan tempat saya menjalankan latihan industri).

Nota Penting: Lihat bagaimana saya namakan setiap fail dokumen tersebut. Kita cerita adab menamakan fail dokumen dalam perkongsian saya yang akan datang.

Ini cerita tahun 2009. Ini cerita 6 tahun lepas. Ini cerita semasa dunia sedang dalam krisis ekonomi. Ini cerita semasa ekonomi dunia sedang menguncup. Ini cerita semasa syarikat dalam industri minyak dan gas juga mengurangkan pengambilan pekerja. Ini cerita semasa kebanyakan syarikat membuang pekerja.

Bukan ingin membangga diri atau menyombong, tapi jujur saya katakan setelah hampir 6 tahun, kebanyakan permohonan kerja yang saya terima masih jauh dari ‘standard’ dan adab yang saya guna pakai pada tahun 2009. Jika permohonan kerja melalui e-mel pada tahun 2009 ini saya sendiri beri 3/5 (penggunaan bahasa masih boleh diperbaiki, saiz fail yang masih besar, tiada usaha untuk mencari dan menulis nama penerima, dan sebagainya), rasanya kebanyakan permohonan yang saya terima selama 6 tahun ini kebanyakannya pada tahap 0/5-2/5, adalah sedikit yang berada pada tahap 3/5 dan sangat sukar mencari yang berada tahap 4/5. Jadi janganlah engkau mengomel kalau dah dekat SETAHUN engkau MENGANGGUR!!!

Saya MERAYU sangat-sangat, tolonglah perbaiki permohonan kerja melalui e-mel anda selepas ini. Kalau adab yang ini pun anda dah gagal untuk jadikan pada tahap sekurang-kurangnya 3/5, jangan mimpilah HR nak buka dan tengok lampiran (Cover Letter & CV) yang anda lampirkan, jawabnya berhabuklah sebab masuk dalam ‘ARCHIVE FOLDER’.

Ini adab permohonon kerja melalui e-mel yang saya amalkan selama 5-6 tahun ini. Bagaimana pula adab permohonan kerja melalui e-mel yang anda amalkan?

-Coach Penulisan CV-
London, 11 Ogos, 3.15 pagi

Related Posts

1 comment

  1. salam.boleh tak kalau saya nak bincang dengan EN. nak minta pendapat untuk cover letter n resume.. minta email boleh?

    ReplyDelete

Post a Comment