Resume - 5 Perkara Penting Tidak Perlu Terjadi Dalam Resume Anda | Dalam menyediakan resume yang anda rasakan ia terbaik daripada yang terbaik, anda tidak boleh terburu-buru terus cetak dan hantar kepada syarikat yang korang ingin mohon itu. Tetapi ada perkara penting yang korang harus ambil perhatian kerana jika perkara ini terjadi atau ada dalam resume ada, kemungkinan resume anda ditolak adalah tinggi sekali. So hati-hati yer..
Ini adalah lima kesilapan yang selalu dilakukan oleh graduan dalam menulis resume. Dan kesilapan ini memberikan persepsi negatif kepada majikan sehingga membuatkan resume anda ditolak !
1. Kesilapan Ejaan
Kesilapan ejaan di dalam resume akan memperlihatkan personaliti anda yang tidak menumpukan perhatian kepada hal-hal terperinci (attention to details). Setiap syarikat mahukan pekerja yang teliti dalam setiap hal lebih-lebih lagi jika berkaitan untung dan rugi. Dalam perniagaan, setiap sen ada nilainya.
2. Panjang Resume
Jangan melebihi 2 muka surat bersaiz A4. Satu muka surat juga sudah memadai. Tak muat? Anda mesti kreatif dalam menulis resume. Masukkan perkara yang relevan dengan jawatan yang anda mohon sahaja. Bukan hentam keromo !
3. Rekabentuk Resume
Tidak kiralah anda graduan jurusan seni atau arkitek, resume mesti kelihatan profesional. Tidak melebihi dua jenis "font" dan warna. Jangan digariskan semua ayat dan jangan dikotakkan semua tulisan. Jangan dihias dengan bunga-bunga dan bingkai.
4. Kerahsiaan
Jangan sesekali membuka rahsia strategi perniagaan di syarikat lama semata-mata untuk menunjukkan betapa hebatnya diri anda suatu masa dahulu. Rahsiakan maklumat tentang syarikat lama anda. Integriti dalam kerjaya adalah penting untuk semua jenis perniagaan.
5. Penipuan
Jangan membundarkan CGPA anda ke titik perpuluhan terdekat, semata-mata untuk menepati syarat kelayakan. Jangan menokok tambah pengalaman bekerja yang tidak pernah anda buat. Penipuan hanya akan menghantui kehidupan anda sehinggalah segalanya terbongkar suatu hari nanti!
P/s: Jika perkara ini ada, kemungkinan resume anda berada dalam tong sampah adalah tinggi. So, hati-hati yer adik ku semua.
Selamat menulis resume ! - Buat Resume
Post a Comment
Post a Comment