Cara Pikat Majikan Dengan 9 Kemahiran Dalam Resume Anda | Jika sebelum ini admin ada kongsikan 5 perkara yang anda perlu keluarkan, atau update mengenai resume dalam memastikan resume anda tersebut menjadi pilihan bakal majikan.
Perkara-perkara yang perlu dikemaskini itu penting, kerana ia menunjukkan anda merupakan seorang yang berpengalaman, juga mempunyai rujukan yang kuat. Tapi, bukan itu sahaja yang anda perlu pamerkan dalam resume anda.
Kerana, menurut Business Insider, skills atau kemahiran juga menjadi salah satu penyumbang besar dalam menaikkan lagi ‘mata’ resume anda. Untuk itu, mari kita baca, kemahiran yang bagaimana harus anda miliki, dan nyatakan dalam resume.
9 Kemahiran Yang Perlu Ada Dalam Resume Anda Sekarang
Mencari kerja baru adakalanya sangat sukar kerana perlu memastikan cover letter yang memberangsangkan, serta sesi temu duga yang merumitkan, dan saingan yang sudah pasti sangat ramai.
Namun, jika resume anda sangat mudah untuk dibaca, bebas dari kesalahan ejaan, dan mempunyai pengalaman kerja yang berkaitan, apa kata, anda cuba masukkan sekali kemahiran dalam resume anda. Bukan apa, kemahiran ini, boleh meletakkan salah satu penanda aras yang baru, buat calon yang lain.
1. Adobe Photoshop
Jika anda sememangnya memohon untuk kerja berkaitan kreativiti, seperti photo editing, atau pereka grafik, kemahiran asas akan penggunaan Photoshop akan sangat membantu. Jadi, pastikan anda gilap kembali kemahiran anda menggunakan Photoshop ini.
2. Microsoft Excel
Bagi mereka di luar sana, mungkin ada yang menyatakan, mudah sahaja untuk menggunakan Microst Excel ini. Tapi, kebolehan menggunakan Excel ini sangat penting, lebih-lebih lagi bagi mereka yang bekerja di bidang kewangan, yang mana perlu memasukkan data, dan menganalisa maklumat.
3. Bahasa
Mungkin bagi sesetengah kerjaya, penggunaan bahasa selain Bahasa Melayu, dan Bahasa Inggeris adalah diperlukan. Ini adalah untuk melancarkan proses perbincangan. Jadi, jika anda mampu bertutur dalam bahasa lain, apa salahnya nyatakan dalam resume anda.
4. Web Development
Jika anda mempunyai kemahiran asas dalam pembangunan laman web, ia sudah pasti menjadi salah satu ‘extra point’ buat anda, lebih-lebih lagi di era digital pada masa kini, yang mana, blog, dan laman web menjadi pilihan pengguna. Ketahui perkara asas mengenai HTML, CSS dan JavaScript sudah cukup untuk anda memenangi saingan dengan calon lain.
5. WordPress
Sama ada anda seorang editor yang mana perlu memindahkan maklumat dari media cetak, ke digital, atau mereka yang bekerja dalam bidang laman web, kemahiran dan pemahaman untuk menggunakan WordPress akan menjadi ‘starting point’ yang baik buat anda.
6. Public Speaking
Tidak kira anda bekerja dalam apa jua bidang, bercakap di hadapan khalayak ramai sudah pasti menjadi salah satu tugasan buat anda. Ada di antara kita yang secara semula jadinya boleh bercakap dengan bebas, tapi ada yang masih dalam proses pembelajaran. Jadi, ambil peluang, dan masa yang ada ini, untuk gilap diri anda, supaya boleh menjadi seorang yang petah berbicara.
7. Search-Engine Optimization (SEO)
Jika anda mempunyai kemahiran dalam pengoptimuman enjin carian (search-engine optimization, SEO), dan memohon dalam bidang yang mementingkan bilangan pengunjung yang banyak, serta jumlah likes, clicks, dan share, SEO akan menjadi kemahiran yang sangat berguna buat anda.
Anda boleh buktikan kepada bakal majikan, tentang kebolehan anda untuk memberikan penulisan artikel yang mempunyai ‘high-trafficking’ atau kempen yang menggunakan ‘social-media’.
8. Google Analytic
Jika kemahiran SEO memberikan anda cara bagaimana untuk menaikkan lagi penulisan, juga kempen sesebuah syarikat anda, sudah pasti anda perlukan cara untuk merekod dan menganalisa ‘results’ tersebut.
Jadi, dengan adanya kemahiran ‘google analytic’, anda boleh mengetahui demografik laman web, serta banyak lagi informasi penting seperti berapa ramai yang melayari laman web, atau yang membaca penulisan anda. Sudah pasti, kemahiran ini yang dicari oleh kebanyakan bakal majikan.
9. Pengurusan Produk
Mencari idea baru sememangnya sukar, lebih-lebih lagi jika perlu menerangkan kepada pelabur, dan meyakinkan mereka. Tidak ramai yang mempunyai kelebihan, atau kemahiran dalam megurus produk dengan lebih baik.
Jika anda tahu, diri anda ada kemahiran sebegini, nyatakan terus di dalam resume, kerana ia pasti memberikan kelebihan buat diri anda.
Mungkin banyak lagi kemahiran-kemahiran yang ada di luar sana, jika ia berkaitan dengan tugasan, atau kerja yang anda mohon, masukkan sahaja ke dalam resume anda, kerana ia boleh membantu anda kelak.
Post a Comment
Post a Comment