Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4

[Download & Edit] 3 Contoh Curriculum Vitae (C.V) Terbaik

6 comments
3 Contoh Curriculum Vitae (C.V) Terbaik | Kita biasa dengar tentang perkataan resume tetapi bagaimana pula dengan CV? Dalam memohon pekerjaan, seringkali pihak majikan meminta calon menghantar C.V atau Resume. Kadang kala ada juga calon dan majikan yang tidak faham beza antara C.V dan Resume. Anda boleh baca definisi dan makna disebalik resume dan CV melalui link di bawah. 


Di sini saya kongsikan sedikit apa yang saya ketahui dan perolehi semoga dapat memberi manfaat kepada para pembaca.

Contoh Curriculum Vitae (C.V) Terbaik

Soalan: Apa beza antara Curriculum Vitae (C.V) dan Resume ?

Jawapan : Perbezaan utama antara C.V dan Resume adalah panjang penulisan, apa yang dimasukkan dan apa tujuannya.


Resume lazimnya sepanjang satu atau dua mukasurat meringkaskan kebolehan, pengalaman dan latar pendidikan. Manakala, C.V pula panjangnya melebihi dua muka surat dengan memperincikan latar belakang pemohon/calon. Ia bagi pekerjaan yang bersifat pendidikan atau berjawatan penting.


Format Curiculum Vitae (C.V)

Maklumat Calon/Pemohon
Nama
Alamat
No.telefon
No.telefon bimbit
Emel

Maklumat Peribadi
Tarikh lahir
Tempat Lahir
Kewarganegaraan
Jantina

Maklumat Peribadi Tambahan
Status Perkahwinan
Nama Pasangan
Anak-anak

Sejarah Pekerjaan
Disenaraikan secara kronologi, termasuk jawatan dan tarikh
Sejarah Kerja
Jawatan
Penyelidikan / Latihan diikuti

Pendidikan
Masukkan tarikh, bidang kurusus, kelulusan, latihan dan sijil diperolehi
Sekolah
Universiti – Diploma, Sarjana Muda, Sarjana, Kedoktoran

Kelulusan Profesional
Pensijilan dan Penghargaan 
Kemahiran komputer

Penganugerahan

Penerbitan

Buku

Keahlian Profesional

Minat

Rujukan (Dua orang yang boleh dirujuk)



Format Resume

Maklumat Perhubungan
Mesti memasukkan maklumat bagi memudahkan calon dihubungi bakal majikan
Nama penuh
Alamat penuh
No.telefon (Bimbit/Rumah)
Emel

Kerjaya / Kelulusan / Profil Ringkas Calon
Nyatakan pencapaian kerjaya anda sebelum ini, kebolehan yang ada, pengalaman yang boleh membantu kerja yang dipohon. Pastikan bakal majikan faham dan tahu bahawa anda telah menyediakan satu resume yang benar-benar memberangsangkan untuk kerja yang dipohon.

Pengalaman
Nyatakan sejarah kerja, senarai majikan, tarikh kerja, jawatan disandang serta senarai tugas dan tanggungjawab yang pernah dipegang di tempat kerja lama beserta kejayaan yang dicapai. Ringkaskan sahaja.

Latar Pendidikan
Nyatakan latar pelajaran/pendidikan diperolehi, senarai institusi pendidikan, kelulusan serta anugerah yang diperolehi.

Kemahiran
Nyatakan kemahiran yang ada dan berkaitan dengan kerja dipohon seperti kemahiran komputer, komunikasi, bahasa dan lain-lain yang ada pada anda meskipun ia mungkin berdasarkan kebolehan yang anda rasakan ada pada anda.

Rujukan
Tidak semestinya perlu dinyatakan individu yang boleh bakal majikan rujuk. Tetapi boleh dimasukkan ke helaian lain dalam resume sekiranya diminta oleh bakal majikan kelak.


Contoh Curriculum Vitae (CV)

Di sini admin sediakan soft copy Curriculum Vitae (CV) yang boleh korang donwload dan boleh la study serta kalau nak buat bolehlah edit mana yang patut. Korang hanya perlu klik pada link yang admin sediakan di bawah. 





Semoga dengan pengkongsian kali ini ada sedikit input yang baik untuk adik-adik yer. Selamat menulis CV. Semoga berjaya dalam hidup dunia dan akhirat. Amiin... 

Related Posts

6 comments

  1. Terima kasih admin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama moga bermanfaat yer... semoga berjaya

      Delete
  2. terima kasih tau admin . semoga murah rezeki

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama, terima kasih doakan admin, semoga bermanfaat yer.. selamat maju jaya..

      Delete
  3. terima kasih ye admin.. bnyak info-info tentang cara penulisan cv yg saya belajar.. semoga segala urusan admin turut dipermudahkan jugak..

    ReplyDelete

Post a Comment