Pengalaman Penemuduga Ini Sungguh Bermakna Untuk Pencari Kerja di Luar Sana | Selepas menamatkan pengajian,sudah pasti ramai graduan akan berpusu-pusu memohon perkerjaan, supaya tidak terlalu lama berehat di rumah, atau menganggur. Ini merupakan salah satu target yang harus dicapai oleh semua graduan, dan saat yang diimpikan setelahs ekian lama menuntut ilmu.
Dengan banyaknya graduan yang tamat belajar, sudah pasti saingan untuk mendapatkan kerja juga sangat tinggi. Untuk itu, mungkin ada sahaja graduan yang mengambil apa sahaja peluang pekerjaan yang ada, sementara menunggu perkerjaan yangsesuai denga kelulusan yang telah dimiliki.
Namun begitu, dalam membuat permohonan kerja, sama ada melalui e-mel atau hantarkan terus resume kepada HR di sesebuah syarikat, terdapat beberapa perkara yang graduan, atau pemohon pekerjaan yang terlepas pandang ketika memohon jawatan kosong tersebut. Ianya berdasarkan pengalaman saudara Hamizi Hamdan sesi temuduga yang dijalankannya.
Jom kita ikuti kupasannya.
PENGALAMAN MENEMUDUGA SEMALAM
Semalam (11/01/17) saya menemuduga calon untuk menjadi staff baru APS Project Planner Sdn Bhd. Jawatan kosong berkenaan adalah Perancang Projek.
Sepanjang hari jadualnya dengan sela masa satu jam seorang, maka ada 6 orang yang boleh ditemuduga. Admin telah menghubungi semua calon minggu lepas dan telah menyusun jadual yang dipersetujui semua calon.
TIDAK HADIR
Akhirnya daripada 6 calon yang patut hadir, hanya 3 yang hadir. 3 lagi memberi alasan:
i. telah mendapat kerja
ii. tiada transport
iii. sebab yang tidak dapat dielak
Alasan calon i memang selalu didengar, dan belum tentu betul.
Alasan calon ii tu memang menghairankan sebab iklan telah menyatakan lokasi tempat kerja, perlu ada transport serta mereka telah diberitahu lokasi temuduga.
Bila dilihat resume, calon ii ini dari Pulau Pinang. Saya sangkakan calon boleh menyelesaikan masalah logistik sehingga boleh confirmkan kehadirannya minggu lepas.
Alasan calon iii pula diberi setelah beberapa kali admin call dan dia dengan konsisten menyatakan yang dia akan hadir. Bila dia sudah lewat 10 minit daripada jadual asal baru diberitahu tidak dapat hadir.
Melihatkan CV nya saya menyangka yang calon ini sedang bekerja dan tidak memohon cuti. Dia mungkin sekali sangka dia boleh 'lari sekejap' untuk temuduga, tetapi rupanya 'lekat' di tapak projek.
Kelakuan membatalkan kehadiran di saat akhir ini sangat tidak professional. Seharusnya dapat dibuat selewat-lewatnya sehari awal.
Ada sesetengah orang memang 'takut temuduga'. Jadi pada hari kejadian 'rama-rama dalam perut' itu benar-benar mengganggu.
CALON YANG HADIR
Baiklah saya terus cerita berkenaan calon-calon yang hadir.
- CALON 1
Calon pertama: fresh graduate, UMP, perempuan.
Calon berasal dan tinggal di NS. Sementara ini bekerja di Cyberjaya secara kontrak jangka pendek.
Secara keseluruhan, calon ini disenarai pendek. Tidak banyak yang boleh calon ceritakan kerana betul-betul fresh.
Jadi saya bagi beberapa tips kepadanya, jika dia hadir ke temuduga lain kali:
1. Dalam resume tulis yang penting sahaja kepada majikan yang tidak penting boleh keluarkan. Sebagai contoh: 'interest'. Saya sebagai majikan tidak peduli pasal apa yang calon minat.
2. Jika kerja kosong di KL, dalam resume baik lah dituliskan dua alamat. Alamat tetap NS. Alamat lain KL, memandangkan dia memang ada kakak tinggal di KL. Majikan tertentu akan senaraipendek calon yang tiada masalah logistik dahulu untuk ditemuduga.
3. Cuba elakkan pakai baju kurung semasa temuduga. Pakai seluar panjang. Nanti dah dapat kerja pakailah apa pun. Dalam kes ini, saya tengah cari orang yang lasak untuk kerja di tapak projek. Dalam 15 - 30 minit dari cara bercakap, cara berpakaian dan pengalaman (jika ada) sahaja mampu untuk saya buat keputusan.
- CALON 2
Calon kedua: 2 tahun pengalaman di tapak projek, UMP, perempuan
Calon berasal dan tinggal di NS. Kebetulan salah seorang staff saya adalah coursematenya.
Calon pernah bekerja dengan Kontraktor Kelas A yang membina MRT. Cuma apabila projek siap, semua staff kontrak ditamatkan perkhidmatan pada hujung tahun lepas.
Walaupun pengalamannya 2 tahun tetapi masih tidak relevan dengan kerja kami. Jadi dia juga macam fresh graduate tetapi lebih markah dari segi pengalaman kerja di tapak projek. Saya terkejut juga gaji yang dia terima sangat rendah berbanding apa yang kawannya terima di tempat kami.
Sebelum ini selain gaji agak rendah, dia kena bekerja 6 hari seminggu cuma berkelebihan disediakan penginapan staff.
Di APS pula, gaji tinggi sedikit, kerja 5 hari seminggu, medical card diberi kepada yang dah sah jawatan cuma tidak disediakan penginapan. Kena cari bilik atau rumah sewa sendiri.
Saya pun agak 'kejam' sedikit, saya bagi gajinya lebih sedikit sahaja dari gaji terakhir tetapi dijanjikan kenaikan selepas sah jawatan. Alasan saya, APS kena ajar banyak perkara tentang perancangan projek dan apa yang dia belajar nanti akan menaikkan nilainya dan lain kali boleh demand gaji mahal di mana-mana. (Saya memang tidak percaya pasal 'loyalty').
Saya minta calon mempertimbangkan kerjaya yang lebih specialized seperti Perancang Projek berbanding Engineer biasa yang berlambak dalam pasaran.
- CALON 3
Calon ketiga: hampir 2 tahun graduate, setahun bekerja sebagai operator kilang, UMP, lelaki
Calon berasal dari Kelantan. Dah setahun di lembah klang bekerja kilang. Seperti calon pertama, tiada banyak yang boleh didapati daripadanya kerana tiada pengalaman. Kebetulan juga salah seorang staff saya adalah coursematenya.
Dari segi penampilan calon ini memang kemas. Siap dengan tali leher dan baju lengan panjang. Markah 100%.
Ceritanya, dia pernah dapat kerja selepas graduate tetapi tidak ada duit hendak datang kerja di lembah klang. Kesian.
Sekarang tinggal dengan kawan bekerja kilang dan cuba lagi apply kerja yang relevan dengan kelulusan tapi tiada sesiapa pernah call untuk temuduga. APS yang pertama panggil dalam setahun ini.
Saya pun hairan kenapa begitu. Jadi saya buka email yang dia hantar sebelum ini. Kemudian baru lah saya tahu kenapa dia tidak dipanggil.
Saya tunjukkan kepada nya, emailnya hanya ada lampiran resume. Tiada sebarang ayat menulis permohonan kerja.
Saya kata kan kepadanya, "APS memang temuduga planner sahaja jadi apabila resume masuk kita memang tahu jawatan apa yang dipohon. Lagi pula kami syarikat kecil jadi kami ada masa membelek setiap resume".
Sambung saya, "Kalau syarikat besar, mereka ada mencari budak pejabat, despatch, driver, engineer dan macam-macam lagi, jika tengok email awak ini mereka tidak tahu awak apply jawatan apa".
Saya ajarkan dia karangan untuk 'cover letter'. Lain kali mungkin dia ada peluang temuduga.
- RUMUSAN
Kali ini saya tidaklah sekejam dahulu bila temuduga. Saya cuba bantu calon memahami pasaran kerja jikalaupun saya tidak ambil mereka, maklumat itu mampu membantu mereka mendapatkan kerja.
P/S: Ramai graduan menganggur. Mungkin sudah oversupply.
Post a Comment
Post a Comment