9 Perkara Anda Gagal Temuduga | Ramai di kalangan calon temuduga yang tidak mengambil berat tentang punca kegagalan mereka tidak berjaya temuduga. Terdapat 9 perkara yang di pandang enteng semasa temuduga yang sepatutnya calon berjaga-jaga agar tidak gagal untuk perkara dinggap asas ini. Baca, fahamkan dan elakkan daripada melakukan kesalahan ini. Semoga berjaya
1. Tidak Bersedia Mental Dan Fizikal
Calon tidak bersedia dan mengambil jalan mudah untuk hadir temuduga biasanya tidak bersedia mengkaji latar belakang syarikat atau perjawatan yang dipohon. Selain daripada itu, mereka tidak bersedia dengan soalan-soalan yang bakal ditanya.
2. Datang Lewat Semasa Temuduga
Calon tidak peka dengan tarikh atau masa temuduga dijalankan kemungkinan akan terlewat. Sebagai calon yang baik, mereka perlu sampai setengah jam lebih awal bagi memudahkan sebarang urusan pendaftaran dan sebagainya.
3. Penampilan Diri
Cara anda berpakaian sangat penting dalam menampilkan ‘first impression’ kepada panel temuduga. Jika calon kelihatan kemas, segak dan anggun, maka keterbukaan panel untuk menemuduga juga akan menjadi lebih mudah. Sentiasa memberi senyuman yang paling memikat kepada panel temuduga.
4. Pasif Ketika Menjawab Soalan
Apabila disoal semasa temuduga dijalankan, seharusnya calon aktif dan sentiasa memberikan idea yang bernas kepada setiap persoalan, tidak memberi ruang yang banyak untuk panel penemuduga memikirkan soalan yang mahu disoal.
Sebaliknya anda perlu menjawab dengan penuh hemah berserta isi yang padat dan menepati kehendak panel. Beri jawapan yang tidak melencong dari soalan sebenar.
5. Penampilan Kelihatan LEMAU
Calon seharusnya hadir ke sesi temuduga dengan penuh bersemangat dan pastikan penampilan anda tidak lesu. Tunjukkan keceriaan dan kesungguhan di wajah anda.
Oleh itu digalakkan tidur awal sehari sebelum anda ditemuduga agar keesokkan harinya anda kelihatan segar-bugar.
6. Tidak Mengetahui Latar Belakang Syarikat
Pada kebiasaannya, soalan tentang latar belakang syarikat adalah merupakan soalan wajib kepada setiap calon, sepatutnya kesempatan ini di ambil oleh calon dengan membuat persediaan awal.
7. Kurang Pengetahuan Tentang Jawatan Yang Dipohon
Antara perkara yang menjadi intipati kepada sesi temuduga adalah pengetahuan calon tentang jawatan yang bakal disandang. Pihak syarikat lebih cenderung mengambil kakitangan yang tahu tentang tanggungjawab di dalam bidang tugasnya.
8. ‘Zero‘ Isu Semasa
Soalan cepu emas yang biasa ditanya oleh panel penemuduga yang kadangkala di luar jangkaan kita adalah berkaitan dengan isu semasa yang mungkin berlaku semalam, pagi tadi atau di dalam bulan berkenaan.
Contoh, sekiranya musim tersebut adalah musim bola, oleh itu calon perlu mempersiapkan diri dengan info terkini berkaitan musim bola.
9. Menjawab Soalan Dengan ‘POYO’
Calon kelihatan yakin ketika menjawab tetapi jawapannya lebih kepada memberi pengiktirafan diri tanpa ada bukti dan kelihatan berlebihan dari karektor sebenar calon.
Jawapan yang diberikan seharusnya lebih tepat dan sekiranya anda tidak mengetahui jawapan tersebut , pastikan calon tidak menipu
Post a Comment
Post a Comment