Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4

10 Persediaan Asas Penting Menghadapi Temuduga

Post a Comment
10 Persediaan Asas Penting Menghadapi Temuduga | Sepanjang bekerja 9 tahun di bidang Pengurusan Sumber Manusia (HRM), saya telah hadir lebih daripada 20 sesi temuduga.

Ya tak payah kau nak terlopong beriya, saya pergi untuk lihat bagaimana syarikat-syarikat besar dan kecil menemuduga bakal kakitangan mereka, bukan nak lompat tempat kerja macam kau.

Ada antaranya memang setanding tempat kerja saya sekarang. Ada yang tidak. Ada yang biasa sahaja dan ada yang tanya soalan bukan-bukan.

Rata-rata yang menemuduga, bukan calang-calang. Walau mereka ada yang nampak muda, mereka ada IQ yang luar biasa.

Adik-adik, semasa mahu hadir temuduga, ini yang saya dapat kongsi.

10 Persediaan Asas Penting Menghadapi Temuduga

1. Makan sebelum temuduga


Tenangkan diri dan pastikan sudah pun bersarapan / makan sebelum hadir ke temuduga. Jika perut kalian lapar, kadar tekanan bertambah dan kalian sukar bertenang.

Elakkan alasan konon jika makan, kena selalu ke tandas. Memanglah. Itu semua dapat membuang tekanan.

2. Kawal pernafasan


Belajar bercakap dengan membaca buku dengan kuat melalui sebutan ‘phonetic’. Kau google sekarang. Apabila kau sudah terbiasa menyebut perkataan dengan sedikit kuat, pernafasan kau akan nampak normal di hadapan para penemuduga.

3. Pakaian yang sesuai


Lelaki, pakai baju cerah. Putih, cream, biru muda. Pakaian yang cerah akan menceriakan suasana dan memberi mood kepada penemuduga.

4. Elakkan solekan melampau


Perempuan, elakkan bersolek dengan beriya-iya. Pakaian longgar dan selesa. Jika tidak bertudung, rambut perlu diikat kemas.

Jika bertudung kau jangan cuba-cuba buat selimpang pusing 400 kali. Keronsang pun 1 cukup. Semua itu mengganggu suasana temuduga.

5. Berikan jawapan


Jawab apa yang kau tahu sahaja. Yang tidak tahu, jujur kau cakap kau tidak tahu.

6. Teknik jawab soalan


Jika kau terima soalan, “Apa yang kau mahu untuk bekerja di syarikat ini?” Kau perlu jawab, “saya mahu pengalaman” jangan cuba-cuba jawab: “Company ni besar, jadi saya nak cuba kerja di sinilah, macam best”.

7. Gaji minimum


Jika ditanya gaji berapa yang kau boleh terima, kau perlu tanya semula berapa gaji minimum yang mereka boleh beri.

Kawtim untuk pengalaman yang kau bakal dapat, bukan upah yang kau inginkan sangat. Ingat, Tuhan beri apa yang kau perlu, bukan apa yang kau mahu.

8. Pakai kasut


Pastikan kau berkasut. Sama ada lelaki atau perempuan, kasut kau mesti bertutup seluruh kaki.

9. Bawa file


Tidak bawa beg (sama ada beg sandang atau beg sling, eh ke sama). Bawa file dan biarkan kau nampak ringkas dan tidak nampak kau kecoh-kecoh. Jangan kau usung resume kau je saja saja yer.. buh dalam file.

10. Bangun awal dan bertenang-tenang


Jika kau bangun lewat, biasanya mata kau akan menampakkan kau penat dan akan ganggu keseluruhan temuduga. Ingat, wajah kau adalah kad bisnes kau.

Walau kau tak sekacak abang, kau boleh tonjolkan wajah kau paling yakin. Oh ya, berwangi-wangi juga boleh membantu.

Selamat maju jaya adik-adik.

Siangnya mamat kilang, malamnya tukang masak.

Related Posts

Post a Comment