7 Postur Badan Yang Boleh Mengganggu Prestasi Interview | Dalam sesi temuduga, bukan bahasa pertuturan saja yang perlu anda titikberatkan. Bahasa tubuh juga memainkan peranan penting tau.
Bahasa tubuh atau lebih dikenali sebagai body languange turut menjadi aspek utama yang menentukan sama ada anda diterima bekerja ataupun tidak.
Jadi, kami nasihatkan anda jauhi perkara-perkara yang bakal kami listkan ini untuk berjaya dalam temuduga!
1. Jawapan secara bersahaja seperti "aah" dan sebagainya
Jaga-jaga. Sekiranya ingin memberikan jawapan kepada panel temuduga, pastikan anda tidak teragak-agak untuk menjawab.
2. Memegang muka, mulut dan mengeliatkan kepala
Pastikan tangan anda berada ditempat yang sepatutnya. Bukan meraban memegang mulut, menggaru telinga mahupun rambut.
Ini akan menimbulkan rasa tidak senang penemuduga terhadap anda.
3. Merokok
Sekiranya anda merokok, pastikan anda tidak melakukan perkara ini ketika, sebelum ataupun selepas ditemuduga.
Bukan apa, rokok mengeluarkan bauan yang sangat kuat dan tak semua orang suka bau rokok tau!
4. Menggoyangkan kaki
Dilarang menggoyangkan kaki. Walaupun ia merupakan habit kekal anda, pastikan anda tidak melakukan perkara ini dihadapan panel temuduga.
5. Menggunakan slang ketika menjawab soalan
Amboii, tahulah english berabuk, tapi tak perlu kot berlebih slang. Kalau bahasa Inggeris okay la juga, tapi jangan korang keluarkan loghat nismilan pula tau! Hahaa.
6. Memegang dan bermain dengan barang yang ada di meja panel penemuduga
Pastikan tangan anda terkawal dan tidak bermain apa-apa barang yang diletakkan atas meja panel temuduga.
Ini membuatkan anda kelihatan sedikir 'kurang ajar' kerana menyentuh benda yang bukan hak milik anda.
7. Memotong percakapan panel penemuduga
Ini pun jangan buat! Tunjukkan rasa hormat kepada panel temuduga, barulah anda akan dianggap berhemah dan tahu menghormati orang lain.
Post a Comment
Post a Comment