Sehebat Mana Pun Pengalaman Anda, Majikan Tak Heran Kalau Tiada 4 Kemahiran Ini | Zaman sekarang, kerjaya hidup bukan lagi pilihan! Sebab apa? Kalau kita perhatian sebahagian besar daripada orang muda kini takkan bertahan lama dalam sesebuah syarikat dan bidang yang diceburinya, mereka akan sentiasa bertukar jenis sektor pekerjaan. Ada yang berjaya dan ada juga yang gagal kelak. Kali ini cuba kita pandang dari sudut positif, mereka sebenarnya ada sikap 'ingin mencuba' sesuatu yang baru ataupun sukakan cabaran.
Dari situ majikan akan percaya untuk menerima korang bekerja dengan mereka. Tapi bagaimana untuk menjadikan korang ni seorang yang fleksibel? Lihat di bawah ni..
1. Kemahiran Interpersonal
Kemahiran interpersonal adalah paling penting semasa mencari pekerjaan Kemahiran interpersonal adalah kemahiran yang kita gunakan untuk berinteraksi dengan orang lain. Kemahiran interpersonal yang bagus berkesan dalam memuaskan hati pelanggan, kerja berkumpulan yang baik dan bagus dalam membuat perundingan, membuat keputusan, pengurusan masa yang cekap serta bertanggungjawab.
Asah kemahiran ini agar korang dapat membina hubungan baik dengan rakan sekerja yang lain dan klien serta merangsang persekitaran kerja yang lebih elok serta kurang tekanan.
2. Kemahiran Berkomunikasi
Perkara utama yang majikan akan lihat ialah kemahiran berkomunikasi dengan baik secara lisan mahupun bertulis. Lebih-lebih lagi jika pekerjaan yang korang mohon itu dalam industri perhubungan awam, pemasaran, jualan yang memerlukan kemahiran komunikasi yang baik. Mesej yang disampaikan mestilah padat dan jelas!
Begitu juga dengan kemahiran mendengar, ia bukan sahaja mendengar malah mendapat dan memahami maklumat sangat penting. Mendengar adalah salah satu keperluan asas namun memberikan kesan yang besar jika berlaku kesilapan ekoran dengan pemahaman yang berbeza dengan pihak ketiga. Jadi, pastikan kemahiran komunikasi diterapkan dalam diri korang.
3. Critical Thinking
Ramai yang terlepas pandang dengan kemahiran ini kerana ini dalah aset terbesar majikan melihat keupayaan korang untuk menyelesaikan sesuatu masalah dan membuat keputusan. Jadi, kembangkan kemahiran ini! Ia akan memkberi manfaat kepada majikan kerana akan menjimatkan masa, tenaga dan mungkin wang.
Sesorang yang berfikiran kreatif, inovatif dan berdaya cipta akan lebih cenderung untuk mencuba sesuatu yang baharu dan boleh menambah nilai kepada persekitaran kerja, membuat sistem dan prosedur yang lebih cekap serta memberikan perspektif baru mengenai tugas dan syarikat.
4. Kemahiran Kepimpinan
Kepimpinan merupakan kekuatan untuk mempengaruhi orang lain dalam mencapai matlamat. Kepimpinan yang bagus mestilah mempunyai keyakinan diri yang kuat dalam sebuah pasukan untuk mencapai hasil terbaik kepada majikan.
Pemimpin yang bagus adalah kemahiran bersosial dengan berfikiran secara terbuka terhadap pandangan, pendapat dan idea orang lain. Pemimpin sebegini pasti akan dihormati oleh orang lain dan sentiasa bermatlamat untuk mencapai kredibiliti.
Post a Comment
Post a Comment