Tonton 5 Movie Ini Sebagai Inspirasi Kejayaan Korang Dalam Pekerjaan | Untuk mengekalkan momentum semangat, bukanlah semudah mana yang disangka kita memerlukan dorongan kerana kadang kala kita akan merasa 'jatuh' sepanjang perjalanan kita.
Ada yang gemar mendengar lagu-lagu motivasi, ada juga yang suka baca kata-kata hikmah daripada orang ternama, malah ada juga yang suka mengikut kursus-kursus motivasi untuk kekal semangat.
Bagaimana pula dengan menonton movie? Sebenarnya movie yang akan memberi impak besar terhadap diri korang. Perjalanan hidup seseorang itu dari bawah hinggalah menjadi seorang yang berjaya apsti akan membangkitkan korang semula.
Tak percaya? Cuba tonton movie yang kami kongsikan ini.
1. Fight Club
Fight Club merupakan sebuah cerita yang banyak memberikan pengajaran dan kejayaan. Ia pastikan memotivasikan kita semua dari segi Materilisma dan Emosional. Tonton movie ini berkali-kali pun memang korang akan rasa perubahan dalam diri korang iaitu bertambah semangat!
2. The Social Network
Mesti korang tahu cerita ni kan? Kisah perjalanan hidup seorang yang paling berjaya di dunia iaitu pengasas Facebook, Mark Zuckerberg. Kisah benar yang merungkai segala perjalanan hidupnya termasukalah tikam belakang yang kerap kali berlaku disekeliling kita. Movie yang pasti akan memberi inspirasi kepada korang bahawa semua orang boleh berjaya.
3. The Wolf Of Wall Street
Ini juga merupakan kisah benar mengenai Jordan Belfort, The Wolf Of Wall Street merupakan filem yang menunjukkan bahawa nilai wang ,apa yang boleh dibeli dan apa yang tidak.
Dalam cerita ini mungkin agak berunsurkan negativiti kerana kepintaran dalam penyelewengan namun cuba pandang dari sudut positif dimana beliau hanya seorang kuli dan berjaya ke tahap atasan dalam sebuah syarikat.
Tapikan, cerita ini banyak babak ehem2 tau, skip lah eh..ala lagi pun dah besar kan?
4. The Words
DIlakonkan oleh Bradley Cooper yang membawa watak sebagai seorang penulis. The Words menjelaskan korang bahawa kepayahan untuk berjaya sehingga menjadi putus asa. Tapi dengan usaha yang ada, kejayaan pasti akan datang! Movie ini memberikan inspirasi korang terhadap kerja yang dilakukan dan merangsang korang untuk melakukan apa yang terbaik dalam diri korang
5. Good Will Hunting
Movie ini mampu menyentuh hati penonton, mengandungi conversation yang sangat bagus antara watak Will Hunting dan Sean Maguire. Movie ini sesuai buat mereka yang kurang keyakinan untuk menonjolkan bakatnya, kerana ia akan mendorong korang untuk percaya kejayaan itu boleh dicapai melalui bakat.
Sumber : Maukerja
Post a Comment
Post a Comment