Contoh Resume Terbaik dan Terkini Tahun 2018 (Boleh Muatturun & Edit] | Ramai yang tersalah anggapan bila menyediakan resume/CV untuk memohon kerja. Resume atau CV tidak perlu tebal dan berwarna-warni. Tidak perlu habiskan banyak wang untuk presentasi. Yang penting ia dapat menunjukkan yang anda sesuai bagi jawatan yang dipohon. Ya betul, ada majikan melihat sesuatu yang lain daripada yang sedia ada. Maksudnya, jika semua resumeyang dihantar hitam putih tapi tiba-tiba ada satu resume yang dihantar berwarna, so itu akan menarik minatnya. Tetapi perlu diingat bahawa resume bukan semata-mata ada kelainan sahaja tetapi isinya juga penting.
Jika anda membelek-belek blog atau portal jawatan kosong, yang memaparkan syarat kelayakan, jika anda dah baca memang tak layak untuk anda, jangan buang masa untuk apply, cari jawatan kosong yang betul-betul memenuhi kriteria yang depa cari.
Nak cari jawatan kosong admin cadangkan blog ini, sebab ia kemas dan memudahkan pencarian anda. Ni nama blog dia, www.banyakjawatan.my. Korang boleh lihat jawatan kosong terkini yang dikemaskini hampir setiap hari.
Apa yang perlu ada dalam resume anda?
Bagi majikan, sebelum memilih calon-calon untuk ditemuduga, garis panduan atau syarat-syarat hendaklah ditetapkan terlebih dahulu.
Tempoh tiga tahun pertama selepas menamatkan pengajian amat penting bagi anda. Oleh itu, jangan terlalu memilih pekerjaan. Namun dalam masa yang sama cuba juga cari kerja yang berkaitan dengan kerjaya impian anda. Jika tiada kerja yang sesuai, cuba pohon untuk jadi ‘intern‘ terlebih dahulu. Dapatkan pengalaman kerja dan pengetahuan untuk kerja tersebut. Walaupun elaun yang diterima tidak seberapa, namun ia amat berguna di masa temuduga nanti.
Selepas dapat kerja biarpun kecil jawatannya, cuba bertahan selama yang boleh. Lebih baik lagi jika anda mampu memikat hati majikan sehingga mendapat kenaikan pangkat. Ia boleh membantu dalam urusan mencari kerja di masa akan datang.
Ciri-Ciri Resume Yang Baik
Ada banyak ciri-ciri yang boleh kita tulis di sini. Namun, tidak perlu buat ia ‘complicated‘. Yang penting pada pendapat saya adalah empat perkara berikut:-
- Kemas
- Teratur
- Menjelaskan kelayakan/kekuatan anda untuk jawatan yang dipohon
- Sentiasa dikemaskini
Bersama-sama CV atau resume, anda boleh kepilkan bersama sijil akademik tertinggi bersama tanskript jika ada. Maksudnya, jika anda sudah ada degree dari mana-mana universiti, tidak perlulah anda kepilkan sekali sijil SPM, UPSR dan sebagainya.
Kemudian, kepilkan juga sijil-sijil kemahiran yang RELEVAN sahaja dengan permohonan anda. Jika tiada kena mengena-mengena jangan hantar dan menenggelamkan sijil-sijil yang penting. Cara susun sijil boleh rujuk link ini. Cara dan Panduan Menyusun Sijil
Contoh:
Untuk jawatan Pegawai Sumber Manusia Dan Pentadbiran, jika pernah pergi kursus berkaitan seperti KWSP, Socso dan Perhubungan Industri, boleh hantarkan bersama.
Jangan pula kepilkan sijil-sijil komputer atau pendawaian bagi jawatan ini.
Anda boleh lihat beberapa contoh resume yang anda boleh download dan edit untuk digunakan semasa menghantar permohonan kerja. Boleh rujuk link-link di bawah.
Rujuk : Muat Turun Resume Bahasa English
Penguasaan Bahasa Amat Penting
Satu aspek yang semakin penting dalam mencari kerja dewasa ini adalah kemahiran menguasai bahasa-bahasa yang kerap digunakan dalam perniagaan: Bahasa Inggeris dan Mandrin. Jika ada skill ini, nyatakan dalam CV.
Jika ada sijil MUET Band 3 dan ke atas, sila kepilkan sekali sebagai rujukan.
Akhir sekali, kepilkan salinan kad pengenalan untuk rujukan. Adakala, majikan mahu membuat kajian latarbelakang sebelum memanggil anda untuk temuduga kerja.
Jika anda sudah lakukan semua di atas, hantarkan permohonan anda secepat mungkin. Bersiap sedia untuk sesi temuduga. Buat persediaan awal, tak kira samada anda akan dipanggil atau tidak.
Post a Comment
Post a Comment