6 Perkara Yang Sepatutnya Pencari Kerja Tidak Ulangi | Masalah yang sering dihadapi oleh jobseeker sekarang adalah, keadaan proses merekrut yang amat tegas sekali terhadap majikan. Cara majikan buat penilaian yang begitu cerewet menjadi punca para job seeker yang berbakat sekalipun susah untuk mendapat kerja.
Oleh kerana pasaran bakat yang begitu sukar sekarang, ia adalah lebih penting kepada job seeker untuk berikan yang terbaik pada diri setiap kali memohon kerja. Kalau korang tengah mencari kerja, inilah masa untuk ubah apa yang patut kerana 6 kesilapan ini 90% jobseeker selalu lakukan.
1. Membiarkan majikan yang carikan jawatan untuk mereka daripada cari sendiri
Takkanlah orang lain yang nak kerja, orang lain yang kena carikan. Tak payah tunggu vacancy, korang hantar je resume korang tu kat mana-mana syarikat yang korang berkenan. Majikan lagi suka kalau macam tu!
2. Mereka tidak tahu brandkan diri mereka sendiri
Masa sedang mencari kerja, korang kena gunakan segala teknik yang ada untuk brandkan diri sendiri di depan majikan. Barulah boleh memudahkan majikan untuk membuat penilaian tentang diri korang.
3. Bergantung pada hanya satu kaedah sahaja dalam mencari kerja
Sekarang kan dah ada banyak medium dalam mencari kerja. Tak bolehlah bergantung hanya kepada satu medium saja. Lagi satu, kalau ada networking lagi bagus sebab lagi cepat untuk korang dapat kerja sebenarnya.
4. Pakai resume yang sama untuk mohon kerja semua tempat
Setiap kerja memerlukan kriteria yang berlainan. Tak semestinya jobscope kerja A sama dengan kerja B. Jadi, jangan malas untuk ubah resume korang tu mengikut kesesuaian.
4. Pakai resume yang sama untuk mohon kerja semua tempat
Setiap kerja memerlukan kriteria yang berlainan. Tak semestinya jobscope kerja A sama dengan kerja B. Jadi, jangan malas untuk ubah resume korang tu mengikut kesesuaian.
5. Tak buat research mengenai syarikat sebelum interview
Bayangkan korang nak kerja di sesebuah syarikat tu, tapi korang taknak ambil tahu tentang syarikat tu. Mestilah majikan akan rasa yang korang sebenarnya tak berminat pun nak kerja di situ.
6. Tak minat untuk bekerja tetapi lebih kepada terpaksa
Korang, kalau tak minat nak kerja kat sesuatu sektor tu, jangan paksa diri kerana ia akan mengakibatkan anda berada dalam situasi yang lebih buruk. Bukan takde yang berjaya menyesuaikan diri di tempat kerja yang sesorang tu tak minat, tapi tak ramai yang berjaya mengharunginya, ia lebih membuatkan seseorang itu gagal malah lebih buruk akan menunjukkan sisi buruk pula. Payah nak dapat kerja lain kalau diri sendiri ada rekod kurang baik. Nak-nak kalau yang industri atau sektor yang berkait rapat. Kebanyakkan majikan ada link mereka sendiri.
Mantap.. thanks 4 the info bruh
ReplyDelete