Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4

Sila Baca Tanggunjawab Anda Sebagai Majikan Yang Mempunyai Pekerja

Post a Comment
Sila Baca Tanggunjawab Anda Sebagai Majikan Yang Mempunyai Pekerja | Sebagai majikan yang mempunyai pekerja, anda terikat dengan beberapa akta dan peraturan yang mesti di patuhi, Oleh demikian, anda perlulah membuat atau mengambil langkah untuk mematuhi undang-undang ini agar anda tidak dikenakan tindakan undang-undang oleh pihak yang berautoriti seperti Jabatan Tenaga Kerja dan Jabatan Perhubungan Perusahaan. 

Sila Baca Tanggunjawab Anda Sebagai Majikan Yang Mempunyai Pekerja

Banyak tanggunjawab yang perlu diketahui dan dilaksanakan oleh majikan untuk melicinkan operasi sesebuah organisasi. Asalan tidak tahu, tidak pandai adalah alasan yang tidak dapat diterima pakai oleh mereka kerana Jabatan tersebut telah lama ditubuhkan. Tetapi pihak mereka tetap menjalankan kewajipan mendidik anda sebagai majikan.


Di bawah adalah beberapa kewajipan anda perlu ikuti jika anda bergelar MAJIKAN..

          KEWAJIPAN MELAPOR          


1. MAKLUMAT TEMPAT PEKERJAAN DAN PENGGAJIAN PEKERJA

i) Mendaftar tempat pekerjaan baru dalam tempoh 90 hari (Seksyen 63A, Akta Kerja 1955). - (Borang Pendaftaran Tempat Pekerjaan Baru)


ii) Memberi maklumat dan butir-butir mengenai pekerja asing dalam tempoh 14 hari selepas pengambilan (Seksyen 60K (1) Akta Kerja 1955). - (Borang PA 1/13)


iii) Memberi maklumat berkaitan penamatan pekerja asing dalam tempoh 30 hari dari tarikh penamatan (Seksyen 60K (3) Akta Kerja 1955). - (Borang PA 2/13)


iv) Melapor pemberhentian 30 hari sebelum tindakan pemberhentian dilaksanakan (Seksyen 63, Akta Kerja 1955). - (Borang PK) (Lampiran 1) (Lampiran A)


          BUTIRAN PERKHIDMATAN          

1. Menyediakan Daftar Pekerja
(Seksyen 61, Akta Kerja 1955 dan Peraturan 5, Peraturan-peraturan Kerja 1957).


2. Menyediakan Daftar Bersalin
(Seksyen 44, Akta Kerja 1955).


3. Memberi Syarat-syarat Perkhidmatan kepada pekerja
(Peraturan 8, Peraturan-peraturan Kerja 1957).




         GAJI          

1. Pembayaran gaji tidak melebihi 7 hari dari tempoh upah
(Seksyen 19, Akta Kerja 1955) 


2. Mematuhi Perintah Gaji Minimum 2020 atau seterusnya jika ada pindaan lain terbaru. Rujuk Perintah Gaji Minimum 2020 di sini.


3. Memberi Penyata Gaji
(Peraturan 9, Peraturan-peraturan Kerja 1957)


4. Tidak boleh membuat potongan gaji selain yang dibenarkan
(Seksyen 24, Akta Kerja 1955)


5. Membuat bayaran gaji melalui bank
(Seksyen 25, Akta Kerja 1955

6. Membuat bayaran gaji selain melalui bank
(Seksyen 25A, Akta Kerja 1955


          WAKTU BEKERJA          

1. Mematuhi waktu kerja 8 jam sehari dan tidak melebihi 12 jam sehari termasuk kerja lebih masa (Seksyen 60A (b) dan Seksyen 60A (b) (7), Akta Kerja 1955)


2. Memberi waktu rehat sekurang-kurangnya 30 minit dalam tempoh 5 jam bekerja
(Seksyen 60A (1) (a), Akta Kerja 1955)


3. Mematuhi waktu kerja tidak melebihi tempoh masa 10 jam terus-menerus dalam satu hari
(Seksyen 60A (1) (c), Akta Kerja 1955)


4. Tidak menetapkan jumlah waktu bekerja melebihi 48 jam seminggu
(Seksyen 60A (1) (d), Akta Kerja 1955)


5. Tidak menetapkan purata jam bekerja dalam tempoh 3 minggu tidak melebihi 48 jam seminggu bagi pekerja syif. (Seksyen 60C (1), Akta Kerja 1955)


i) Hari Bekerja Biasa (Seksyen 60A (3) (a), Akta Kerja 1955).

ii) Cuti Rehat Mingguan (Seksyen 60 (3), Akta Kerja 1955).

iii) Cuti Kelepasan Am (Seksyen 60D (3) (a) (i) (ii), Akta Kerja 1955).


7. Tidak membenarkan pekerja bekerja melebihi had kerja lebih masa bagi maksud Seksyen 60A (4) (a) iaitu 104 jam sebulan (Peraturan-peraturan Kerja (Had Kerja Lebih Masa) 1980.


          CUTI          

1. Memberi sekurang-kurangnya satu hari rehat mingguan kepada pekerja (Seksyen 59 (1), Akta Kerja 1955)


2. Memberi sekurang-kurangnya 11 hari Cuti Kelepasan Am kepada pekerja (Seksyen 60D, Akta Kerja 1955)


3. Memberi cuti tahun bergaji mengikut tempoh perkhidmatan kepada pekerja (Seksyen 60E, Akta Kerja 1955)


4. Memberi cuti sakit bergaji mengikut tahun perkhidmatan kepada pekerja (Seksyen 60F, Akta Kerja 1955)


5. Memberi cuti bersalin 60 hari dan elaun bersalin kepada pekerja yang layak (Seksyen 37 - 41, Akta Kerja 1955)


          PENAMATAN PEKERJA          

1. Tidak boleh menamatkan kontrak perkhidmatan pekerja tempatan untuk mengambil pekerja asing (Seksyen 60M, Akta Kerja 1955)


2. Tidak boleh menamatkan perkhidmatan pekerja dalam tempoh cuti bersalin (Seksyen 37 (4), Akta Kerja 1955)


3. Memberi notis penamatan mengikut kontrak perkhidmatan atau mengikut Seksyen 12, Akta Kerja 1955. Membayar Faedah Penamatan Kerja bagi yang layak. (Peraturanperaturan Kerja (Faedah-faedah Penamatan dan Pemberhentian Kerja Sementara 1980)


4. Pekerja tidak boleh dibersarakan sebelum mencapai umur persaraan minimum 60 tahun (Seksyen 5 (1) Akta Umur Persaraan Minimum 2013)


5. Boleh menamatkan perkhidmatan pekerja akibat salahlaku yang berlawanan dengan syarat perkhidmatan selepas siasatan sewajarnya dijalankan. (Seksyen 14(1), Akta Kerja 1955)


6. Boleh menamatkan perkhidmatan pekerja sekiranya pekerja tidak hadir melebihi 2 hari berturut-turut tanpa alasan yang munasabah selepas siasatan dijalankan. (Seksyen 14(1), Akta Kerja 1955) dan Seksyen 15(2), Akta Kerja 1955)


          PENGECUALIAN PEMAKAIAN AKTA          

Permohonan permit:

1. Membayar Gaji Lewat. Pendahuluan Gaji.

2. Potongan Gaji.

3. Penggajian Wanita Bekerja Waktu Malam (Pertanian dan Perindustrian).

4. Melebihi Had Kerja Lebih Masa.

5. Menyimpan Daftar Pekerja di Ibu Pejabat.

6. Menyimpan Daftar Dalam Bentuk Lain.

7. Kelonggaran Waktu Kerja Biasa.

8. Skim Insentif Yang Diluluskan.

9. Lesen Hiburan Awam Untuk Menggajikan Kanak-kanak dan Orang Muda.

10. Pembayaran Gaji Selain Melalui Akaun Bank. 

11. Mengumpul Cuti Rehat Mingguan.

Borang-borang permohonan pengecualian di atas boleh dimuat turun menerusi laman web jtksm.mohr.gov.my (link)


          PENGGAJIAN PEKERJA ASING          

1. Menandatangani Surat Aku Janji semasa pegawai JTKSM menyiasat permohonan penggajian pekerja asing.


          KEMUDAHAN ASAS PEKERJA (SEKTOR PERLADANGAN)          

1. Mengemukakan permohonan Pelan Bangunan dan Sijil Layak Menduduki.


2. Mengemukakan permohonan menggunakan Air Selain Sumber Awam.


3. Mengemukakan permohonan menggunakan Elektrik Selain Sumber Awam.


Diingatkan, semua majikan hanya perlu melakukan perkara di atas jika mana-mana yang berkenaan sahaja okey. Jika ada pertanyaan boleh komen di dalam kotak komen di bawah.

Related Posts

Post a Comment